LATAR BELAKANG SMK TUN ABANG HAJI OPENG

VISI
Sekolah Berkesan dan Cemerlang Sentiasa.


MISI 
Membangunkan potensi pelajar melalui pengurusan berkualiti dan berkesan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.


MOTO
Menjulang Openg


OBJEKTIF

  • Prestasi PMR, SPM, dan STPM mengatasi kelulusan peringkat negeri dan kebangsaan
  • Tahap penyertaan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum cemerlang
  • Semua pelajar bersahsiah mulia, iaitu sifar masalah dalam aspek disiplin
  • Sekolah dan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih, selesa, menarik dan ceria
  • Keselamatan sekolah sentiasa terjamin

PIAGAM PELANGGAN
  1. Mendidik generasi muda ke arah kecemerlangan akademik dan akhlak supaya menjadi warganegara yang unggul dan berguna kepada masyarakat dan negara
  2. Menjamin pendidikan kualiti melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
  3. Mewujudkan hubungan mesra dan harmonis dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat umum
  4. Menjamin layanan yang saksama dan mesra kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengan pihak sekolah
  5. Menyediakan suasana dan persekitaran sekolah yang selamat, bersih. selesa dan menarik.
  6. Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar

IKRAR GURU
Bahawasanya kami guru-guru Negara Malaysia dengan ini berikrar mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami pada cita-cita murni pekerjaan kami.
Kami akan berbakti kepada masyarakat dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara. Kami sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara pada setiap masa.


IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami,
Pelajar-pelajar SMK Tun Abang Haji Openg
dengan ini berikrar
bahawa kami akan berusaha mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum

Kami akan mematuhi segala peraturan sekolah 
menghormati kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami
dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

Kami berjanji akan menjadi insan yang berilmu.
Kami akan berbakti kepada sekolah, ibu bapa, masyarakat
dan negara kami.


LAGU SEKOLAH
(Sekolah Berseri, Pelajar Bestari)

SMK Tun Abang Haji Openg 
Sekolah kami yang tercinta
Pelbagai kaum budaya
Harmoni dan bahagia.

SMK Tun Abang Haji Openg sekolah kami indah permai
Bersukan dan berpersatuan
Amaln menuju wawasan

Sekolah berseri Pelajar Bestari
Jadi misi yang bererti
Teras azam bina harapan 
Untuk kejayaan insan

Wahai rakan putera-puteri
Mari kita tabur bakti 
Teguh iman jati diri
Untuk ibu pertiwi



LENCANA SEKOLAH


  • Lencana SMK Tun Abang Haji Openg diliputi garisan hitam dan warna hijau melatari dua lambang yang dipisahkan oleh jalur kuning secara melintang yang tertera nama SMK Tun Abang Haji Openg.
  • Di bawah jalur tersebut tertera cogan kata dalam latar belakang bewarna putih.

Pengertian Warna

  • Hijau yang melatari dua lambang merupakan warna rasmi sekolah yang sekaligus mencerminkan iltizam, harmoni, dinamik, progresif dan kesegaran warga sekolah.
  • Kuning mencerminkan sinaran dan kesetiaan warga sekolah terhadap institusi sekolah dan negara.
  • Hitam melambangkan ketangkasan dan sikap proaktif warga sekolah dalam menimba ilmu.
  • Putih mencerminkan keikhlasan dan kesucian wrga sekolah dalam menimba ilmu.

Pengertian Lambang

  • Bulan sabit melambangkan agama rasmi negara.  Bulan sentiasa menjadi idaman dan simbol cita-cita yang ingin dicapai oleh mana-mana individu walaupun terpaksa menangani dan menghadapi pelbagai cabaran.
  • Bintang secara tersendiri dan konvensional melambangkan cahaya dan menjadi pemandu arah manusia semenjak zaman silam untuk sampai ke sesuatu destinasi. Dengan itu, bintang mencerminkan institusi sekolah sebagai pembimbing generasi masa depan.
  • Empat belas bucu yang terdapat pada bintang melambangkan empat belas buah negeri di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, adat resam dan agama namun terus bersatu untuk memartabatkan negara di persada dunia.
  • Lambang Kerajaan Negeri Sarawak pula membuktikan bahawa negeri Sarawak merupakan salah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

No comments:

Post a Comment